Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah ALLAH SWT tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang lelaki. Saya tidak mencari seorang lelaki untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
lelaki yang amat saya percayai untuk mendidik zuriat kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.
Namun pertama kali di suatu masa yang telah lama berlalu, saya ‘tersungkur’ pada kehendak naluri dan saya anggap sebagai dugaan hidup saya… adakalanya saya terlalai dan leka dalam menjaga hubungan kerana khuatir andai saya melanggar batas pergaulan. Saya minta petunjuk ALLAH agar diberi keteguhan hati. Selama saya ‘tersungkur’ dalam noda cinta itu, semakin kuat hati saya berdetik memperteguhkan iman. Saya merasa susah hati dan sangat berdosa dengan apa yang saya lakukan ini. Saya berada dalam dilema antara sayangkan iman dan hubungan. ALLAH itu Maha Adil dan Pengasih, dan mungkin itu ALLAH ingin ‘memberi petanda’ dan peringatan apabila saya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang akhirnya membuka mata saya. Dipendekkan cerita, sejak itu saya sedar dari kesilapan dan ketelanjuran saya kerana mengikut kehendak nafsu. Kalau inilah caranya ALLAH ingin menyedarkan saya kembali dan kemalangan sebagai ‘hukuman’ pada saya, saya berasa sangat bersyukur kerana saya berjaya mengeluarkan diri dari permainan taghut untuk menyesatkan manusia. Peristiwa ini saya luahkan pada sahabat baik saya, Aisya dan dia sangat terkejut. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah Aisya bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata Aisya yang buat saya tak mampu membalas walau pun sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that loves before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what ALLAH has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family comes from ALLAH, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if ALLAH
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have ALLAH on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang ALLAH redha. Tiada cinta yang ALLAH benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata Aisya memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
kata Aisya:
”It's not me who want you to make a decision like this, but ALLAH
tells you so. Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang”.
Saya percaya itu yang terbaik dalam hidup saya. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, inilah saat untuk saya muhasabah kembali diri saya dan betulkan kembali segala kesilapan yang telah saya buat. Inilah saat untuk saya kejar kembali cita-cita saya dan sediakan diri untuk menjadi seorang suri
yang berakhlak dan berpengetahuan tinggi. Inilah masanya saya insafi kembali keterlanjuran saya dahulu dengan mengajar dan mengajak sahabat-sahabat yang membela ’cinta’ agar meninggalkannya dan dapat istiqamah bersama.
Sesungguhnya Ya ALLAH, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyaALLAH..
-insan khilaf-
.jpg)
