Tuesday, May 18, 2010

MATA OH MATA..KENAPA ENGKAU LIAR?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zira tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.
Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...




Ada apa dengan mata?
Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya s
ambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]
Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home




BAITUL MUSLIM DAKWAH


Baitulmuslim - Rumahtangga Islam(muslim)

Dakwah - iaitu seruan kpd syariat Allah/ajak manusia menyembah Allah swt

Komponen:


1. Suami
2. Isteri
3. Anak-anak
Apakah dasar-dasarnya?

Secara amnya ia merangkumi konsep keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan Allah.

Baitulmuslim dakwah. Saya lebih merujuk kepada komponen dalam membentuk baitulmuslim dakwah.


Pertamanya ialah bakal suami, anak kpd ibubapa, pemuda(syabab) di jalan dakwah. Bermulanya fasa pembentukkan individu muslim iaitu sebagai seorang syabab, abang kepada adik-adik dan juga peranan sebagai seorang anak. Dalam fasa ini merupakan suatu yang sangat mustahak bagi seorang pemuda Islam yg beriman. Dalam proses pembentukan individu muslim mengikut acuan Islam yang syumul memerlukan kefahaman yang mendalam tentang ilmu-ilmu Islam. Dalam fasa inilah perlu ada dalam diri setiap pemuda Islam untuk mentarbiyyah(mendidik) diri menjadi muslim yg benar-benar bertaqwa.

Mesti ada dikalangan kita yang menginginkan bakal-bakal zuriat mereka nanti menjadi pejuang-pejuang kebenaran. Ada juga yang inginkan anak-anak yang bakal lahir nanti menjadi professional ulama' iaitu mereka yang sangat perihatin dengan ilmu-ilmu keagamaan dan juga sains. Golongan ini dapat menghubungkaitkan antara al-quran dan sains.
Golongan professional ulama' yang hafaz keseluruhan al-quran dan dapat menguasai ilmu-ilmu fekah serta ilmu-ilmu sains dan dengan ilmu ini mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda masyarakat. Itulah yang diharapkan daripada baitulmuslim dakwah iaitu melahirkan generasi al-quran yang unggul. Itulah yang menjadi cita-cita saya untuk mendapatkan bakal zaujan yang dapat memupuk zuriat nanti. Oleh itu,apa yang saya dapat kongsikan daripada artikel ini ialah bagaimana kita iaitu para pemuda-pemudi Islam ingin merealisasikan impian dan harapan ini?

Saya mulakan dengan diri sendiri, selaku hamba Allah yg sangat lemah ini. Kalau kita ingin melahirkan generasi professional ulama' ini, perkara yang paling penting ialah perlunya kita mendidik diri kita terlebih dahulu untuk menjadi seorang professional ulama'. Sekiranya kita ingin melihat bakal anak-anak kita nanti hafaz quran, kita juga sekarang ini perlu hafal quran. Kalau kita ingin melihat bakal anak-anak kita nanti berminat dengan ilmu agama dan sains, kita pun sekarang ni perlu melazimkan diri untuk menuntut ilmu agama dan sains dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Sekiranya kita ingin melihat anak kita menjadi ulama' dalam bidang fekah dan tafsir, kita juga perlu mendidik diri kita sekarang ini dengan mempelajari ilmu fekah dan juga tafsir. Dan begitulah seterusnya berdasarkan apa yang kita ingin corakkan kepada generasi anak-anak kita nanti. Ini adalah satu permulaan bagi diri kita,insyaAllah.
Bilamana kita sebagai seorang bakal isteri, pastinya kita ingin jadi isteri yang solehah buat suami kita. Secara umumnya macam itulah. Katakanlah kita memasang impian untuk menjadi seorang isteri solehah bilamana berkeluarga nanti, jadi waktu sekarang inilah perlu kita latih diri kita untuk menjadi solehah. Wanita ini secara amnya bersifat lembut dan mereka ni sangat mahir dalam mendidik anak-anak.

Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada kaum wanita tetapi mereka perlu mendapat bimbingan daripada seorang suami yang soleh. Seorang isteri yang solehah ialah bilamana suami memandangnya akan terasa sejuk hati suaminya dan bertambah tenang jiwa suaminya, itulah yang dinamakan baiti jannati(rumahku syurgaku).




Sekiranya anda inginkan anak-anak yang bakal lahir nanti sebagai seorang pejuang agama Allah, maka hendaklah kalian melazimi diri dengan membaca al-quran setiap masa dan ketika, melazimi menghadiri majlis ilmu contohnya kuliah fiqh wanita, usrah-usrah dan sebagainya. Kalau anda berpeluang untuk hafal quran, maka go on with that habit. Semoga anak-anak yang bakal lahir nanti akan mewarisi perilaku ibunya, insyaAllah. Maka akan lahirlah baitulmuslim dakwah.

TUDUNGNYA TELAH TERBANG...


hari ini kite dpt lihat sndiri....
ramai wanita tidak bertudung...
mungkin tudungnye telah terbang jauh...
atau....
saje2 taknak pakai...
atau...
memang taknak pakai....
sedih,sedih dan sedih...

mengapa semua ini trjadi...
kurang pengetahuan agama...
kurang didikan...
kerana ikut kawan & trend masa kini...

aduh,sakitnya....peritnya...
azab ALLAH untuk orang yg tak bertudung...
rambut digantung...
menggelegak kepala...
itu baru kalau tak bertudung...
kalau tak tutup aurat yg lain....
mesti lg peritkn....
fikir2kanlah......
takutilah ALLAH....

insyaALLAH