Monday, May 17, 2010

CECAHKAN DAHIMU KE SEJADAH



Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan.

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan.

Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.


Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih.


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam

Berserta Fatihah ,Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan ulat.


Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.


Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.


Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak di bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan.


Justeru bila Dia menyeru ,

sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti


Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk , itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat.


Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah" Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah" Jalan kemenangan akhirat dan dunia.


Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera Isteri , kad kredit dan kereta Kondominium ,saham dan niaga

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

ZIKIR HARIAN

Isnin لَاحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Setiap kali bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud dan Allah akan menghitung sifat2 mazmumah (terkeji).

Selasa اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّيْ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّ
Setiap kali bacaan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.

Rabu اَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْم
Setiap kali bacaan Allah akan menghilangkan 1 titik hitam dalam hati.

Khamis سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيْمِ سُبْحَانَ اللّهِ وَبِحَمْدِهِ
kali bacaan Allah akan mengampunkan dosa sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan 1 pohon buat kita di Setiap syurga.

Jumaat يَا اللَّهُ
Setiap kali bacaan Allah akan memberi ketenangan hati.

Sabtu لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ
Setiap kali bacaan Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.

Ahad يَا حَيٌّ يَا قَيُّوْمُ
Setiap kali bacaan kita akan memperoleh harta yang banyak dan membawa berkat serta ingin dicintai oleh setiap manusia.

UBAH DIRI SEBELUM UBAH MASYARAKAT



RAMAI orang minta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa degil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah?

Pendek kata, semua kena berubahlah. Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita. Bagi mereka yang tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri. Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dengan saling nasihat-menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Islam itu nasihat." Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman. Orang tua hebat juga ialah mereka yang memahami serta menghormati perasaan remaja. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payah untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata: "Payahnya hendak ubah remaja", "isteri degillah", "pekerja keras kepalalah". Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya. Kita banyak juga mengajak, tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi. Sayangilah, jangan membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.

insyaALLAH